“Ingat Dah Endemik Dah..” – Netizen Sangka Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini Penjelasan KJ

Kehidupan

“Ingat Dah Endemik Dah..” – Netizen Sangka Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini Penjelasan KJ

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan bahawa Malaysia dijangka bakal beralih dari fasa epidemik ke endemik dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Namun, baru-baru ini Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin telah membalas satu ciapan oleh seorang wartawan penyiaran dikenali sebagai Firdaus Azil di laman Twitter yang mengundang kekeliruan orang ramai.

Advertisement

Menerusi ciapan tersebut, Firdaus yang meluahkan rasa bersyukur apabila negara kita telah berada di dalam fasa endemik selepas melalui pelbagai fasa dari PKP, PKPD, PKPB, PKPKPPNT, PKPP, dan PPN.

kj

Jangan dilupa Proklamasi Darurat. Alhamdulillah, masih tidak akan membuka pelitup muka saya di khalayak ramai kecuali makan, mendaki.

Susulan itu, KJ telah menjelaskan bahawa negara kita masih belum berada di fasa endemik. Sebaliknya, berada di fasa peralihan (mungkin perlahan) kepada fasa endemik.

Tidak, kita jauh lagi dari endemik. Endemik adalah apabila penyakit itu tidak merebak secara meluas tanpa langkah-langkah kesihatan awam (seperti memakai pelitup muka).

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon. Ada yang masih keliru dengan kenyataan yang diberikan oleh KJ dan ada juga yang menerangkan kenyataan tersebut dengan lebih jelas.

Hmm agak mengelirukan. Apa beza pun endemik atau tidak? – Netizen.

Mana yang keliru, begini. Malaysia belum lagi fasa Endemik. Kita sedang “Fasa Peralihan ke Endemik”. Ada syaratnya nak ke betul-betul negara endemik. Yang boleh isytihar Endemik hanya WHO, sebagaimana dulu mereka umum Pandemik,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Malaysia Dijangka Beralih Ke Fasa Endemik Dalam Dua Ke Tiga Minggu Lagi" - Menteri Kanan Pertahanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...