Individu Mengaku Menyesal ‘Loan’ Bank 7 Tahun Beli Alphard, Netizen Pertikai – “Rugi Wang Ringgit Tapi Dapat Bahagiakan Keluarga”

Kehidupan

Individu Mengaku Menyesal ‘Loan’ Bank 7 Tahun Beli Alphard, Netizen Pertikai – “Rugi Wang Ringgit Tapi Dapat Bahagiakan Keluarga”

Pengakuan seorang pemilik MPV mewah menerusi grup di Facebook mencuri perhatian netizen selepas individu itu akui menyesal memiliki kenderaan tersebut.

Menurutnya, dia telah membeli sebuah Toyota Alphard tahun 2013 pada harga RM130,000 dan sudah dipakai sejak 7 bulan yang lalu.

Advertisement

Ceritanya, Alphard tersebut dibelinya untuk memberikan keselesaan buat keluarga di mana dia telah membuat pinjaman bank selama 7 tahun dengan deposit sebanyak RM50,000 dan bayaran bulanan pula RM1,200.

Namun, selepas beberapa bulan dia mula berasa menyesal apabila memikirkan hutang dengan pihak bank selama 7 tahun sedangkan boleh saja dia beli Alphard second hand secara tunai.

Ketika itu saya ada cash di tangan hanya RM50,000, mungkin disebabkan tidak fikir panjang dan tidak sabar maka terus terjerat dengan loan kereta ini selama 7 tahun.”

Tambahnya lagi, sedangkan dia boleh saja dapatkan MPV berkenaan yang terpakai pada harga RM80,000 direct daripada pemilik dan bebas hutang bank.

Individu tersebut turut meminta nasihat atau tips daripada orang lain jika ada peluang bisnes yang boleh dapat sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada sebahagian yang menempelak tindakannya kerana ‘menjerat diri’ dengan pinjaman bank.

Dalam pada itu, sesetengah netizen memberitahunya untuk tidak berasa menyesal kerana tujuan asalnya membeli MPV berkenaan adalah untuk keselesaan ahli keluarga.

1 year ago

Sissy Iman Akui Menyesal Jual Album RM20 - “Kalau Nak Untung, Baik Saya Letak Harga RM150"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...