Kepada BTS Army nampaknya ada semua masih ada harapan untuk menyaksikan artis pujaan anda membuat persembahan di Malaysia.
Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun Twitternya memberitahu beliau kini sedang bekerja keras untuk membawa BTS ke Malaysia.
Tentu Army Malaysia antara yang paling teruja dengan perkhabaran ini meskipun belum ada kata putus mengenai tarikh kedatangan kumpulan K-Pop popular itu.
Kalau betul lah BTS bakal berkunjung ke Malaysia, kami pasti ia akan mendapat sambutan luar biasa dan mencetuskan fenomena. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi nanti.