Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Imbas Kenangan Ketika Di Akademi Fantasia 9, Ayda Jebat Mengaku Kena Singkir Kerana Menyanyi Macam Baru ‘Keluar Tandas’

Penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik, Ayda Jebat telah berkongsi video persembahan ketika di awal penglibatannya dalam bidang seni iaitu ketika dalam program realiti, Akademi Fantasia musim yang ke-9 pada tahun 2011 yang lalu.

Dia walau bagaimanapun tidak berjaya ke peringkat seterusnya kerana sudah disingkirkan ketika pusingan awal program itu diadakan.

Advertisement

Dalam entri tersebut, Ayda yang kini tunangan pengacara Nabil Mahir telah memuat naik sedutan video dia sedang menyanyi dan menari lagu tema Akademi Fantasia (AF), Menuju Puncak bersama peserta-peserta AF yang lain.

 Meskipun tersingkir awal dan tiada rezeki untuk terus beraksi dalam program kegemaran ramai itu, Ayda mengakui sebab dia tersingkir adalah kerana persembahannya ketika itu seperti baru saja keluar dari tandas dan hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Okay sebab dekat twitter ramai tanya ‘Betul ke Ayda Jebat dari AF? Awal sangat ke dia terkeluar sebab taktau pun dia masuk AF?’ Yes. Akademi Fantasi 9, tahun 2011. Dikeluarkan dari AF9 sebab perform macam baru keluar toilet, biasa-biasa, tah pape,”

Namun, menurutnya walaupun gagal pada peringkat awal, dia tidak sesekali berhenti berusaha dan menganggap apa yang telah diaturkan oleh Allah itu tepat.

Advertisement

Kini, ramai yang mengagumi semangat dan kesungguhan Ayda yang berusaha menempatkan diri dalam dunia seni meskipun pada awalnya sukar dan tidak mudah.

Perkongsian Ayda itu juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat kerana ramai yang tidak mengetahui kemunculan awal pelantun lagu Temberang itu adalah melalui program realiti TV Akademi Fantasia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top