‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’?

Kehidupan

‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’?

Pasti ramai pengguna yang pernah menekan butang pengesahan ‘I’m Not A Robot’ sebelum melayari mana-mana laman web sebagai salah satu ciri keselamatan untuk memastikan pengguna adalah manusia dan bukannya robot.

Advertisement

Tahukan anda baru-baru ini, tular di laman TikTok mengenai sebuah video yang mendakwa fungsi pengesahan ‘I’m Not A Robot’ itu dapat mengesan ‘browsing history’ anda sekaligus membenarkan laman web untuk melihat data peribadi anda.

Malah, fungsi pengesahan ini turut didakwa dapat mengesan sejarah pelayaran internet anda seperti Gmail, Twitter, dan apa-apa sahaja laman web yang anda buka sebelum menekan butang pengesahan.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mengejutkan rata-rata warganet selepas mengetahui fungsi pengesahan tersebut yang seakan-akan menceroboh data peribadi mereka.

Menurut Google Search Central, fungsi ini difahamkan akan menyekat robot yang mahu menyamar sebagai manusia bagi melindungi laman website.

Malah, fungsi ini menggunakan gambar dikenali sebagai Captcha yang memerlukan pengguna untuk mengesahkan gambar atau nombor berdasarkan arahan yang diberi.

Bukan itu sahaja, Captcha juga dapat mengesan ketidakupayaan robot untuk menyelesaikan arahan yang diberi dengan melibatkan keseluruhan respon pengguna sebelum, semasa, dan selepas bagi menentukan sama ada pengguna itu adalah manusia.

Difahamkan, proses pengesahan ini bertujuan bagi mengenal pasti sebarang tindakan pelik daripada pengguna seperti membuat pengesahan terlalu pantas dan sebagainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang laporan rasmi yang mengesahkan fungsi pengesahan ‘I’m Not A Robot’ ini dapat mencuri data peribadi pengguna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

laptop
2 years ago

Ini Cara 'Recover' Gambar, Video & Semua Fail Penting Daripada Laptop Rosak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...