Selepas akaun Instagram yang lenyap secara tiba-tiba, ramai peminat ternyata risau dengan keadaan pelakon Scha Alyahya.
Malah rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa wanita yang sedang hamil anak kedua itu mahu berehat buat sementara waktu daripada media sosial dek entri terakhirnya iaitu ‘I’ve had enough’.
Pun begitu, wanita itu sudah pun kembali ke media sosial tersebut selepas sehari menghilangkan diri. Malah dia turut memohon maaf kepada semua orang yang tertanya-tanya dek tindakan drastik itu.
Menurutnya, perkara yang sebenarnya berlaku ialah dia menghadapi masalah teknikal ketika mahu memaut pautan akaun media sosial lain.
“Saya ingin memohon maaf kerana tanpa sangaja ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ akaun ke media sosial lain. Kalau nak dicerita, panjang ceritanya dan saya tidak mahu buat anda bosan mendengarnya nanti.”
Malah, Scha turut menenangkan peminat dan mengatakan bahawa dia dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik sahaja.
Meskipun terpadam tanpa sengaja, pelakon yang popular menerusi siri ‘Awan Dania’ dahulu mengakui bahawa dia seronok apabila tiada akaun media sosial tersebut.
“Sebenarnya seronok apabila tiada Instagram tapi nak buat macam mana, ia sebahagian daripada kerja. Jadi kena ada Instagram. Apapun saya sudah kembali.”
Scha dah pun kembali ke Instagram, harap peminat tak risau lagi.

tecit
October 27, 2020 at 11:32 am
kesian scha. faham ibu mengandung punye hormon mmg gitula. yg xmengandung pon n bukan artis pon kdg2 rase cam lost gile kene kecam sebab komen kt fb ig pon dah rase down gile. inikan plak artis.
don worry scha. jgn kisahkan sgt netijen2 ni. do what you can n what you must for YOURSELF & for Allah. jgn jd mcm kisah anak & bapa dgn keldainya. Naik slah xnaik pon slah. biorkan deme nk kate ape. biaq p depa tu.
Anonymous
October 24, 2020 at 2:07 pm
tak penting pun
Armadan Hamdan
October 24, 2020 at 7:22 pm
OF COURSE