‘Ilmu Hitam Mainan Biasa Dalam Bisnes’ – Syatilla Melvin Mahu Pasang Pendinding Elak Disihir

Hiburan

‘Ilmu Hitam Mainan Biasa Dalam Bisnes’ – Syatilla Melvin Mahu Pasang Pendinding Elak Disihir

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mendakwa telah disihir oleh seseorang. Pendedahan itu dibuat berikutan terdapat tiga bentuk objek menyerupai patung manusia dengan kepala berlubang di tengah. Perkara itu telah menimbulkan rasa bimbang orang ramai kerana masih ada individu yang sanggup menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan.

3 years ago

Dedah Diri Dan Keluarganya Disihir, Aeril Zafrel Ajak Bersemuka,-"Saya Maafkan Perbuatan Aniaya Itu.."

Advertisement

Susulan daripada itu, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam menerusi laporan Astro Gempak, bercadang untuk memasang pendinding bertujuan mengelakkan diri dan keluarga daripada sebarang anasir jahat.

Pasangan ini berkata demikian ketika ditanya media selepas majlis sambutan ulang tahun perkahwinan yang dilakukan secara virtual.

Ilmu hitam ni adalah permainan biasa dalam dunia bisnes. Circle Tilla sendiri banyak dah yang cubaan buat ilmu hitam macam ni.

Tilla memang ada perancangan untuk cari ustaz supaya kita sediakan pendinding sebab kita tak tahu kadang musuh yang paling jahat, paling tak boleh tengok kita senang adalah orang yang paling dekat dengan kita.

Insyallah kami akan cari untuk ikhtiar bina pedinding supaya benda-benda kotor ni tak masuk.

Sementara itu, Sam pula mengamalkan konsep berserah dan menyerahkan segala kepada Allah SWT.

Tapi Sam mengamalkan konsep berserah je daripada zaman Sam menang Bintang Paling Popular, Sam tak kacau orang Sam tak cuba aniaya orang, Sam harap Allah dapat melindungi.

Baginya, sebagai seorang Muslim kita hendaklah percaya kepada perkara ghaib dan dia mengakui unsur sebegini memang wujud dari zaman nenek moyang lagi.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...