Ikmal Amry Lega Dapat Tunai Hajat Isteri Mengidam Makan Nasi Goreng Hotel Terkemuka

Hiburan

Ikmal Amry Lega Dapat Tunai Hajat Isteri Mengidam Makan Nasi Goreng Hotel Terkemuka

Pelakon Ikmal Amry memaklumkan yang dia akhirnya berjaya merealisasikan hajat isterinya Najla Shamsul yang kini sedang hamil anak pertama mereka.

Ikmal Amry
3 years ago

(TAHNIAH) Isteri Hamil Anak Pertama, Ikmal Amry Alami Emosi Tidak Stabil

Advertisement

Menurut Ikmal, isterinya yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan mengidam mahu menikmati Nasi Goreng di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.

Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam, ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah? Dia nak Nasi Goreng St Regis, Langkawi. Kitaorang makan Nasi Goreng ni time honeymoon.

Ikmal turut memberitahu bahawa semua makanan yang isterinya teringin mahu makan sudah dia tunaikan kecuali Nasi Goreng tersebut dan mahu hold dahulu sementara kerana hanya boleh dapatkannya di Langkawi.

Dalam pada itu, Ikmal turut bersyukur selain menyifatkan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik apabila hajat tersebut dapat ditunaikan.

Ini adalah kerana, Ikmal telah mendapat satu tawaran berlakon filem yang menjalani penggambaran di Langkawi selepas dua minggu isterinya mengidam mahu makan nasi goreng tersebut.

Ikmal Amry

Ni rezeki awak sayang, Allah susun cantik je. Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawak you makan di St Regis Langkawi.

Tambah Ikmal, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa selepas mendapat tahu berita tersebut dan mengakui yang rezeki tidak pernah salah alamat.

Sekadar info, Ikmal dan isterinya Najla Shamsul telah mendirikan rumah tangga mereka pada 19 Disember tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...