Iklan Raya TV3 Macam Krismas

Trending

Iklan Raya TV3 Macam Krismas

Update 1: Video kat Youtube dah kena buang. Kalau nak tengok sila pergi link http://facebookvideoindirx.com/keindahan-dalam-kemeriahan-sinari-lebaran-dari-tv3-untuk-semua-hq/

Update 2: TV3 dah tarik balik iklan ini. Terima kasih

Advertisement

Kalau orang perseorangan yang tak cukup umur mengutuk-ngutuk di FB dah cukup sensitif, kami langsung tak faham dengan motif iklan tv3 ni….Apa nak jadi dengan iklan raya Tv3 nie.

Cuba baca huraian tentang cerita disebalik iklan ini…

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – [email protected] Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Terima kasih kepada blog Kalamul Haqq untuk huraian ni…

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

252 Comments

  1. ficken in niedersachsen

    January 19, 2015 at 9:22 pm

    This is a topic that is close to my heart… Take care!
    Exactly where are your contact detals though?

  2. The Pirate Bay

    July 30, 2014 at 8:21 pm

    file contents box: After you have chosen your torrent
    file as well as the. A different approach to manage your downloads
    is simply to sync them up between PC along with your Blackberry.
    Due on the extreme speeds of the network, the
    server accomplishes the 1:1 ratio in a relatively short time.

  3. Anonymous

    June 23, 2014 at 3:43 pm

    kalau bukan islam tidak boleh guna perkataan ALLAH nanti sampai kena pergi mahkamah, tengok sekarang yang sambut hari raya pun boleh pulak guna Kristian & Buddha.

  4. Mrsuiterz

    February 18, 2014 at 11:17 am

    Mengarut semua.. Korg semua pun bengap tgk la gambar terakhir cuma imej air ketul2 pas2 bole plak bwt bentuk lambang zionis ? U.u kahkahkah!

  5. sangat pelik

    December 23, 2013 at 11:51 pm

    entah benar research korang entah saja menghasut, freemanson dan yahudi?. semua teknologi IT pun dorang yg cipta….kemudian kitaorang pakai

Loading...