IKEA Nak Buka Di Tebrau, Ini 5 Sebab Anda Wajib Pergi Di Hari Pembukaannya

Hiburan

IKEA Nak Buka Di Tebrau, Ini 5 Sebab Anda Wajib Pergi Di Hari Pembukaannya

OMG, OMG, OMG. Kalau Abang Nara pun excited, orang Johor mesti lagi super duper excited mendengar berita ini. Pada 16 November 2017 ini, IKEA Tebrau akan dibuka secara rasminya untuk semua!!!

Advertisement

Merupakan IKEA terbesar di Asia Tenggara, Abang Nara pasti ramai yang dah tak sabar nak menjejakkan kaki ke IKEA Tebrau. Untuk menambahkan keterujaan anda, meh sini Abang Nara kongsikan 5 sebab anda wajib pergi ke sana pada hari pembukaannya 16 November kelak.

1. Lebih dari 8,000 perkakas rumah

Tilam, katil, rak kasut, almari baju, sudu, garfu, kerusi, sofa, meja makan, sebut je apa perkakas rumah yang korang nak, semuanya ada di IKEA Tebrau ini. Lebih daripada 8,000 produk akan tersedia untuk dijual pada hari pembukaannya. Confirm rambang mata dibuatnya.

2. Promosi terhad sempena hari pembukaan

Untuk memeriahkan lagi hari pembukaannya, IKEA Tebrau bakal mengadakan promosi terhad yang cukup menggiurkan. Memang tak akan dapat harga serendah ini kalau pergi hari biasa. Nasihat Abang Nara 16 November tue korang siap-siaplah ambil cuti dan beratur depan IKEA Tebrau sebelum pintu dibuka jam 10 pagi. Abang Nara yakin ramai yang tak akan lepaskan peluang untuk membeli produk yang dimasukkan di dalam promosi terhad ini. Kaw-kaw murah harganya!!!

3. Special offer untuk IKEA FAMILY

Korang yang dah ada keahlian IKEA FAMILY tue, jangan lupa untuk bawa kad tersebut di hari pembukaan IKEA TEBRAU ini. Sebabnya ada tawaran menarik special untuk korang sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda selama ini. Belum menjadi sebahagian daripada IKEA FAMILY? Jangan risau sebab…

4. Daftar sebagai IKEA FAMILY di hari pembukaan

Pada 16 November kelak, perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila memasuki IKEA TEBRAU ialah membuat pendaftaran untuk menjadi IKEA FAMILY. Banyak kelebihan seperti special deals, diskaun hari jadi, boleh collect points dan macam-macam lagilah bila anda menjadi IKEA FAMILY nie. Jangan risau sebab pendaftaran sangat mudah dan pantas. Kalau tak tahu boleh tanya staff-staff IKEA Tebrau yang pasti sudi membantu anda kelak.

5. Ada IKEA Kids Club untuk anak-anak anda

Tak perlu tinggalkan anak-anak di rumah apabila anda pergi bershopping di IKEA TEBRAU. Sebabnya di sana ada IKEA Kids Club. Banyak aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan oleh anak-anak anda sambil anda membeli-belah. Contohnya masak kek, buat kraft, melukis dan banyak lagi. Paling best diorang dapat special priviledges seperti air minuman percuma, beli makanan pada harga diskaun, ada bengkel ketika cuti sekolah dan macam-macam lagi. Anak-anak happy, mak bapak dapat shopping dengan senang hati. Terbaik kan?

BONUS: Unlock hadiah best dengan klik “Going” di Facebook

Bersempena dengan pembukaan IKEA Tebrau pada 16 November ini, IKEA telah membuat satu Facebook Event untuk mereka yang berminat menghadirinya. Apa yang menariknya tentang Facebook Event ini ialah lebih ramai yang klik “Going”, maka akan lebih banyak hadiah best bakal di”unlock” dan boleh ditebus pada hari pembukaan IKEA Tebrau. Setakat yang Abang Nara check hari ini, dah 21,000 lebih “GOING”. Korang kena capai 25,000 untuk unlock hadiah paling best iaitu RM200 IKEA Gift Cards. Fuh!! Banyak tue. Jadi cepat-cepatlah klik “Going” dengan menekan link ini.

Banyak lagi sebenarnya ke’best’an dan keseronokan yang bakal anda nikmati sekiranya menjejakkan kaki ke IKEA Tebrau pada 16 November ini. Nak tulis satu-satu sampai esok pun tak habis. Kalau nak rasai sendiri kemeriahannya, kenalah pergi sendiri. Jadi, tak lama lagi anda akan anda pilihan perabot dan macam-macam lagi yang cukup banyak. Untuk memudahkan anda, Abang Nara kongsikan peta untuk ke IKEA Tebrau.

Maklumat lanjut layari www.ikea.my/tebrau



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...