Ikat Ubat Nyamuk Di Badan, Ruhainies Teruja Bawa Watak Penoreh Getah

Hiburan

Ikat Ubat Nyamuk Di Badan, Ruhainies Teruja Bawa Watak Penoreh Getah

Sinonim dengan watak gadis kaya dan sofiskated, pelakon Ruhainies meluahkan rasa teruja apabila diberikan watak sebagai gadis hodoh dan miskin dalam sebuah drama bersiri berjudul Cukup Derita Itu yang kini sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Ruhainies yang dihubungi media berkata, antara pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan adalah ketika mempelajari cara menoreh getah.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Memegang watak Ellani dalam drama tersebut, Ruhaines memberitahu bahawa pengarah Along Kamaluddin turut mengambil inisiatif untuk mengupah penoreh getah sebenar untuk mengajarnya cara menoreh dengan betul.

“Nak pegang pisau toreh tu tak sama dengan pisau biasa. Tambahan pula, pokok getah sangat sensitif, tak boleh main toreh saja dan kena berhati-hati. Mungkin ramai tak tahu, masa buat babak di ladang itu, saya ikat ubat nyamuk dekat badan seharian sepanjang penggambaran. Seksa jugalah sebab saya memang alah pada asap..”

Malah, dia juga turut mengalami kecederaan apabila digigit seekor monyet yang datang menyerangnya secara tiba-tiba.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Ruhaines juga menjelaskan bahawa keadaannya kini baik-baik sahaja dan telah pun mendapatkan rawatan sepatutnya akibat kecederaan itu.

Mengakui watak Ellani itu sangat berat untuk dibawanya pada kali ini, Ruhainies juga terkejut apabila ramai penonton drama tempatan memberikan pujian di atas lakonannya yang baik.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Meskipun dia sebelum ini dianggap tidak mampu membawa watak selain karakter yang ayu dan kaya raya, Ruhainies telah membuktikan bahawa dia mampu untuk membawa personaliti gadis desa dalam naskah drama terbarunya ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...