Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Ifa Raziah Hilang Sabar, Roslan Shah Doakan Anak Lelakinya Jadi Pondan

Mendakwa setelah sebulan berdiam diri apabila ditohmah dan difitnah oleh penyanyi dan pengacara dari Singapura, Roslan Shah, Ifa Raziah telah tampil membela dirinya. Kepada Jambu Batu Online, Ifa menyifatkan perbuatan Roslan sebagai melampau.

Advertisement

Dalam rakaman video itu, Ifa memberitahu, dia tidak kisah jika dirinya yang difitnah dan diaibkan bagi tujuan menjatuhkannya, tetapi apabila hal rumahtangga disentuh dan anak-anaknya dikutuk, dia tidak dapat berdiam diri dan tidak akan memaafkan individu itu.

Ifa menambah, Roslan telan mendoakan anak lelakinya menjadi pondan dan menuduh suami Ifa dayus hingga menyebabkan rumahtangganya hampir bergoyang.

Jika orang lain yang buat pada saya, saya boleh lagi bersabar, tetapi dia orang yang saya anggap kawan selama berbelas tahun, di mana sewaktu susah, sewaktu sakit, dia tidak ada duit–saya dengan keluarga yang menolong selama dia berada di Malaysia ini.

Apabila telah senang lenang hidup, dia buat macam ini pada saya.


Kepada Astro Gempak, Ifa mendakwa, pergaduhan dengan bermula di Singapura ketika menjayakan sebuah ekspo:

Advertisement

Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri.

Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.

Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?

Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan.

Video penuh luahan perasaan Ifa boleh ditonton di bawah:

Ifa juga turut menasihatkan Roslan agar menumpukan perhatian mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjaga ibunya yang memerlukan lampin pakai buang kerana dia bimbang Roslan akan membelanjakan wangnya untuk ‘anak ikan.’

Tidak pasti apa punca sebenar persengketaan Ifa dan Roslan, tetapi, apa kata sempena tahun baru ini, Ifa dan Roslan buang yang keruh, ambil yang jernih. Industri hiburan kecil saja, balik-balik jumpa muka yang sama juga. Takkan nak bermasam muka tiap-tiap kali, ya tak? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Anonymous

    January 8, 2018 at 11:20 am

    $&@“€£¥#

  2. Anonymous

    January 8, 2018 at 10:54 am

    Out of topic,kenapa shape muka dia macam out of proportion? Edit terlebih sangat.

  3. Anonymous

    January 8, 2018 at 10:07 am

    Judge pun mesti dengar both sides of the story

  4. pening lalat

    January 8, 2018 at 9:50 am

    bila perhatikan roslan shah ini yg suka buat video live kalau dia terdengar pasal diri dia diperkatakan, tapi x pernah siasat dulu adakah apa yg dia dengar itu shohih. tanya lah artis negara dia, rata2 akan ckp dia ada problematic in understanding apa yg disampaikan

  5. Anonymous

    January 8, 2018 at 9:13 am

    Ifa raziah ni saya dh jumpa personally…very beautiful..
    Dlm kes ni saya x nk masuk campr..cuma saya doakan mereka berdua berbyk2lah bersabar. Dn berundinglah secara 4 mata… mungkin ada silap faham di mana2..wslm

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top