Selepas Roslan Shah membuat permohonan maaf dan katanya tidak mahu “berperang” lagi dengan Ifa Raziah, kami sangka isu pergaduhan mereka berdua ini tidak akan terus menjadi berita hangat di media sosial.
Walaubagaimanapun, Ifa dikejutkan dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Roslan mengatakan wanita itu mengupah pembunuh upahan untuk menembak pengacara dari Singapura itu. Ifa mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh seorang pengawai polis dari Johor.
Tidak mahu dirinya terus difitnah, Ifa juga membuat laporan polis dan menafikan dakwaan tersebut untuk mempertahankan dirinya.
Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir, tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila dia menuduh saya penjenayah. Dalam laporan dia, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembak dia. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!
Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini? Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya.
Peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya. Pihak mereka kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan bakal mengambil tindakan untuk membersihkan nama Ifa.