Idam Bawa Watak Komedi, Nur Sajat Akui Mahu Berlakon Semula

Hiburan

Idam Bawa Watak Komedi, Nur Sajat Akui Mahu Berlakon Semula

Usahawan kosmetik penuh sensasi, Nur Sajatyang sebelum ini acap kali dihentam netizen kerana sering menayang aksi ghairah dan kemewahan di laman sosial kini tampil menyuarakan hasratnya untuk kembali dalam dunia lakonan.

Advertisement

Sajat yang merupakan seorang “ibu” kepada dua anak kembarnya itu difahamkan pernah berlakon dalam sebuah filem berjudul Ophilia yang turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim dan Que Haidar pada 2014.

“Mungkin ramai yang tak tahu sebelum ini saya pernah terbabit filem Ophilia. Pengalaman tersebut antara kenangan manis, cuma ketika itu saya sibuk dengan komitmen lain termasuk perniagaan yang baru saja berjalan.”

Kata Sajat, beliau seakan merasakan kini adalah masa yang sesuai dirinya kembali berlakon selepas enam tahun menyepi dalam dunia lakonan.

Malah, tetap mempunyai hasrat untuk membawa watak komedi kelak.

“Jadi selepas lebih enam tahun rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke lokasi penggambaran. Kalau boleh mungkin selepas ini nak cuba watak komedi pula. Tak mahulah terlalu memilih pula. Yang penting kalau ada tawaran yang sesuai, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik. Siapa tahu boleh meletop nanti kan?”

Mengulas mengenai cawangan kedai emasnya, Nursajat Gold di Shah alam yang telah dipindahkan ke Dataran Sunway, Petaling Jaya Selangor, Sajat memaklumkan sambutan yang diterima masih baik.

Untuk rekod, selain berlakon, Sajat juga merupakan seorang yang berbakat dalam bidang seni selepas lagu yang dilancarkannya bersama selebriti Indonesi Lucinta Luna dan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul “Bobo Di Mana” kini telah meraih jutaan tontonan di laman YouTube.

Sumber: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...