Ibu Tergamam Anak Usia 13 Tahun Lahirkan Bayi, Rupa-Rupanya…

Kehidupan

Ibu Tergamam Anak Usia 13 Tahun Lahirkan Bayi, Rupa-Rupanya…

Seorang ibu tidak menyangka apabila melihat anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun tiba-tiba bersalin di kediaman mereka di sebuah perkampungan di Kota Belud, Sabah, kelmarin.

Menerusi Harian Metro, wanita berkenaan tersedar daripada tidur pada jam 3 pagi dan mendapati anak perempuannya itu sedang membersihkan bayi perempuan. Si ibu tidak perasan bahawa anaknya itu sedang mengandung memandangkan perutnya kelihatan kecil.

Advertisement

Sejurus sedar dengan insiden tersebut, mereka dibawa ke Hospital Kota Belud untuk diberi rawatan. Menurut Supritendan Sahimi Husin selaku Ketua Polis Kota Belud, siasatan awal mendapati mangsa pernah dirogol oleh sepupu yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos lalu.

Suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Marudu dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...