Ibu Puteri Balqis Sewakan Rumah Untuk Gelandangan

Hiburan

Ibu Puteri Balqis Sewakan Rumah Untuk Gelandangan

Kisah keperitan hidup pelakon cilik iaitu Puteri Balqis bersama ibunya yang terpaksa menjual buku puisi sekitar Kuala Lumpur untuk menampung kehidupan pernah mendapat perhatian ramai. Namun, sudah lama kita tidak mendengar khabar mereka.

ibu puteri balqis sewakan rumah untuk gelandangan

Advertisement

Terbaru, ibu Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz bersyukur mereka masih dapat meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Buku puisi anaknya juga masih terjual seperti biasa.

Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Covid-19.

ibu puteri balqis sewakan rumah untuk gelandangan

Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan.

Berbicara mengenai keperluan harian mereka, Norashikin berkata makan minum mereka cukup sepanjang tempoh PKP ini dan mereka mengamalkan sikap berjimat cermat. Malah, mereka berjaya menyewa satu lagi unit rumah pangsa bagi menempatkan gelandangan hasil daripada jualan buku puisi tersebut.

ibu puteri balqis sewakan rumah untuk gelandangan

Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat. Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya.

Terdahulu, Sejak jatuh sakit pada tahun 2018, Puteri Balqis mengalami muntah darah sebanyak empat hingga lima kali dalam masa sehari dan turut mempunyai masalah asma yang kronik. Walaubagaimanapun, menurut Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed, dia mengesahkan penyakit yang dihidapi Puteri Balqis bukanlah kanser seperti yang didakwa.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...