Ibu Mertua Kesal Anak Dicerai Imam Muda Syed Faris Selepas Nikah Wanita Lain

Hiburan

Ibu Mertua Kesal Anak Dicerai Imam Muda Syed Faris Selepas Nikah Wanita Lain

Finalis Imam Muda 2014, Syed Mohd Faris Syed Roslan kini mula mendapat perhatian apabila dihimpit kontroversi rumah tangga selepas bertindak menceraikan isterinya Nur Hidayu Rosly dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sekitar 28 Mei lalu.

imam muda faris cerai isteri pertama

Advertisement

Menurut ibu kepada Hidayu, beliau mengesahkan perkara itu dan menyifatkan bekas menantunya sebagai seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Ujar wanita yang mahu dikenali sebagai Zainab itu lagi, beliau turut mendakwa Syed Faris sudah beberapa kali kantoi berlaku curang terutamanya ketika Hidayu sedang sarat mengandung.

Lebit perit, perkara itu bagai menjadi lebih parah buat Zainab apabila mengetahui Syed Faris kini telah berpoligami dengan alasan untuk membantu kewangan keluarga.

Ibu Mertua Kesal Anak Dicerai Imam Muda Syed Faris Selepas Nikah Wanita Lain

“Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya maksiat.”

Zainab bagaimanpun reda dengan ketentuan Ilahi dan yakin bahawa segala ujian yang menimpa anaknya biarpun telah berkahwin selama 13 tahun.

Terdahulu, Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah bercerai malah dirinya juga mendakwa turut dikasari madunya itu selepas Syed Faris bertindak untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Ibu Mertua Kesal Anak Dicerai Imam Muda Syed Faris Selepas Nikah Wanita Lain

Selain melihat perubahan mendadak apabila Syed Faris acap kali pulang lewat dan tidak memberi nafkah kepadanya, Hidayu menyatakan bekas suaminya itu juga hanya memaklumkan beliau berkahwin lain pada hujung Januari lalu ketika baharu sahaja melahirkan anak kelima mereka.

Untuk rekod, pasangan ini dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Namun, Hidayu dikatakan pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...