Ibu Mentua Dakwa Hubungan Hannah Delisha Dan Ibu Kandung Sudah Lama Keruh

Hiburan

Ibu Mentua Dakwa Hubungan Hannah Delisha Dan Ibu Kandung Sudah Lama Keruh

Semakin banyak yang didedahkan, semakin rumit nampaknya kisah perhubungan di antara pelakon Hannah Delisha dengan ibu kandungnya, Noor Ashikin.

Hannah Delisha
Hannah Delisha
3 years ago

Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Advertisement

Terbaru menerusi laporan mStar Online, ibu mentua Hanna iaitu Mariana Yati mendakwa bahawa hubungan Hannah dan Noor Ashikin sudah lama keruh.

“Hannah itu budak baik. Kasihan saya tengok dia, setiap hari Hannah menangis dan sentiasa berdoa agar hubungannya dan ibu akan kembali baik seperti dulu.”

ibu mentua hannah delisha

Katanya lagi, dia tidak akan melakukan hal yang sama seperti ibu kandung Hannah memandangkan mereka sudah selamat bergelar suami isteri.

“Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami dah pun selamat disatukan, doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Saya memang tidak akan buat apa yang dia (mak Hannah) buat (tidak merestui perkahwinan anak). Siapa kita nak menolak takdir dan ketentuan serta jodoh daripada Allah SWT.”

Dakwaan yang dibuat ibu Imam Shah itu sepertinya menguatkan lagi spekulasi di mana Noor Ashikin kononnya tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Dalam pada itu, Mariana menjelaskan bahawa pernikahan Imam dan Hannah dilangsungkan atas kemahuan pasangan itu sendiri dan bukannya disebabkan oleh paksaan daripada pihak lain.

“Sampai hati dia (Noor Ashikin) cakap macam itu (isu restu ibu), ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa. Hannah kahwin pun memang tiada paksaan daripada saya atau Imam.”

ibu tak restui perkahwinan hannah delisha

Walaubagaimanapun Mariana mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan apa-apa apabila ditanya mengenai tarikh pernikahan sebenar dua-dua pelakon kelahiran Singapura itu.

Wanita itu juga meminta agar semua mendengar kenyataan mengenai hal ini daripada mulut Hannah dan Imam sendiri dan merasakan bahawa bukan tempatnya untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Akhir bicara, Mariana meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk masjid yang dibina oleh anak dan menantunya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...