Ibu Lemah Longlai, Hampir Rebah Dapat Tahu Bayi 3 Bulan Meninggal Hari Pertama Di Rumah Pengasuh

Kehidupan

Ibu Lemah Longlai, Hampir Rebah Dapat Tahu Bayi 3 Bulan Meninggal Hari Pertama Di Rumah Pengasuh

Baru sahaja mengecap kebahagiaan menimang cahaya mata dan seronok mahu menjalani kehidupan sebagai seorang ibu namun ia kini bertukar menjadi cerita duka.

Itulah yang menimpa seorang wanita apabila bayinya yang baru sahaja berusia 3 bulan disahkan meninggal dunia baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi perkongsian Fizah Mohd di Facebook, anak perempuannya itu kembali ke rahmatullah pada 1 November yang lalu ketika berada di rumah pengasuh.

Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999.. saat itu.. Hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama…”

 

Lebih menyedihkan, anaknya Afia Aisyah dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri pada hari pertama di rumah pengasuh tersebut.

Cerita Fizah lagi, ketika menunggu keputusan bedah siasat berasa sangat sedih namun sudah kehabisan air mata dan hampir terkulai rebah.

Hantaran di Facebook Fizah kini kebanyakannya berkaitan dengan anaknya di mana dia dilihat menjual semula stroller serta carseat serta barang lain.

Dia turut berkongsi perasaannya apabila merindui bayi syurganya itu malah Fizah turut menunjukkan beberapa helai gaun yang tak sempat digayakan oleh arwah Afia.

Tidak dinyatakan punca kematian anaknya namun ramai warganet di Facebook bersimpati dengan apa yang menimpa Fizah serta arwah anaknya dan masing-masing mendoakan agar dia diberikan ketabahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

“Ayah Minta Maaf Nak.." - (VIDEO) Lelaki Meraung Hilang Isteri, Anak & Ibu Bapa Lepas ‘Accident’ Undang Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...