Ibu Haneesya Hanee Mahu Saman Netizen Komen Melampau

Hiburan

Ibu Haneesya Hanee Mahu Saman Netizen Komen Melampau

Sejak memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 32, nama Haneesya Hanee semakin hangat diperkatakan, melonjak naik.

ibu haneesya hanee saman netizen

Advertisement

Bagaimanapun, Haneesya masih lagi dikecam teruk sehingga ada pihak yang menuduhnya mencari publisiti murahan dengan menggunakan isu warna kulit. Malah, ada juga komen melampau menggelarkan gadis berusia 19 tahun itu dengan pelbagai gelaran menyentuh hal sensitif mengenai warna kulitnya.

Tidak tahan teruk dikecam,  Haneesya dan ibunya telah membuat laporan polis terhadap dua orang individu yang memberikan komen melampau merendah-rendahkan Haneeysa dengan membandingkan warna kulitnya dengan Hajarul Aswad.

Menurut ibu Haneesya, dia memberikan tempoh dua minggu kepada individu-individu terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka gagal membuat permohonan maaf itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Tidak salah untuk memberikan pendapat ataupun komen di media sosial tetapi janganlah sehingga menyakiti hati orang lain serta menjatuhkan imej mereka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...