“Ia Bukan Satu Pekerjaan Yang Memalukan” – Kefli AF3 Dah Setahun Jadi Penghantar Makanan

Hiburan

“Ia Bukan Satu Pekerjaan Yang Memalukan” – Kefli AF3 Dah Setahun Jadi Penghantar Makanan

Tiba-tiba sahaja nama Kefli AF3 menjadi perhatian netizen apabila perkongsian seorang individu menjadi tular apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di sebuah aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan baru-baru ini.

Kefli,37, yang dihubungi mStar tampil mengakui bahawa dia sebenarnya sudah setahun melakukan pekerjaan tersebut bagi menyara keluarganya.

Advertisement

Kefli

Dalam pada masa yang sama, Kefli turut mempunyai sebuah kedai makan iaitu Prapp Corner yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sejak 10 tahun yang lalu.

Jelas bekas peserta program popular Akademi Fantasia musim ke-3 ini lagi, dia mula bekerja sebagai ‘rider’ semenjak negara dilanda pandemik COVID-19 di mana bisnes makanannya menjadi agak perlahan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kefli juga sempat meminta orang ramai agar tidak berasa terkejut dan menyifatkan pekerjaan sebagai penghantar makanan sebagai salah satu simbol kegagalan.

Kefli FPSumber : Astro Gempak  

 

Saya tak ada rasa malu sebab bukannya buat benda yang salah, hanya berniat nak bekerja untuk menyara keluarga. So far Alhamdulillah boleh hidup, nak kata kaya itu tidaklah.

Jelasnya lagi, reaksi peminat terhadap kerjaya itu mungkin boleh mengguris hati para penghantar makanan yang lain.

Mesti perasaan mereka tergores juga, anggap sahaja menjadi penghantar makanan ni sama macam pekerjaan lain di luar sana.

Sementara itu, Kefli turut ditanyakan mengenai penglibatannya dalam dunia seni sama ada sudah berakhir ataupun tidak.

Ujarnya, dia teringin untuk kembali aktif dalam industri hiburan seperti mengeluarkan single terbaru jika diberikan peluang untuk berbuat demikian, namun tidak pasti bila.

Joy Revfa
2 years ago

Akui Ramai Lelaki Cuba Dekati, Joy Revfa Cari Calon Suami Kuat Agama Dan Kukuh Kewangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...