“Husband I Handsome Di Mata I”, Eina Azman Bidas Netizen Pertikai Jodohnya

Hiburan

“Husband I Handsome Di Mata I”, Eina Azman Bidas Netizen Pertikai Jodohnya

Perkahwinan Eina Azman dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Haiden menarik perhatian ramai orang kerana ia perkahwinan interrasial. Ia juga kerana Kaiser seorang hartawan dan kehidupan Eina dilihat begitu mewah setelah perkahwinan itu dan kini dia dikurniakan sepasang anak kembar campuran yang comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Namun begitu terdapat jejari nakal menulis komen di laman sosial yang mendakwa Eina hanya berkahwin dengan Kaiser kerana kekayaan lelaki itu, sedangkan Kaiser bukanlah seorang yang kacak.

Advertisement

Malah, terdapat blog yang menulis mengenai kajian bahawa ‘wanita cantik lebih bahagia berkahwin lelaki kurang kacak’. Walaupun ia kajian umum, sesetengah penulis blog menggunakan gambar Eina dan suaminya sebagai contoh yang diperkatakan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Melalui Instagram Live, Eina telah membuat luahan mengenai individu yang dianggap mempertikaikan jodohnya. Menurut Eina, individu yang mengata tidak tahu menahu apa yang berlaku dalam hidupnya dan tidak sepatutnya menghakimi kehidupannya. Rakaman siaran langsung itu boleh ditonton di bawah:

Menurut Eina, walaupun ada yang mengatakan suaminya seiras Ebby Yus dan juga membangkitkan soal bangsa dan warna kulit suaminya, di matanya suaminya ialah seorang yang kacak. Bagi Eina, Netizen tidak tahu apa-apa mengenai kehidupannya dan perkahwinannya dan Netizen tidak perlu menjaga tepi kainnya.

Ada juga yang mengatakan Eina hanya kelihatan cantik kerana mempunyai wang. Namun begitu Eina mengatakan dia kelihatan cantik kerana dia berusaha kelihatan cantik. Wang yang banyak tidak berguna jika tiada apa-apa usaha untuk mencantikkan diri.

Eina juga memberitahu dia menyediakan sendiri barang-barang keperluan suami dan anak-anaknya sekiranya mereka hendak bercuti. Malah dia juga menyediakan bahan-bahan untuk dimasak sendiri sebelum mempunyai pembantu rumah. Suaminya hanya menyediakan pembantu rumah setelah dia melahirkan anak kembarnya, kerana dia tidak menang tangan.

Sebenarnya, bagi penulis, apa yang diperkatakan oleh Eina ada benarnya. Mungkin juga Netizen tidak ada kerja lain menghakimi kehidupan orang lain. Bagi penulis, mudah saja. Jika orang bahagia, kita gembira untuknya. Barulah hidup kita akan jadi ceria. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...