Hilang Arah Tuju Dan Emosi Terganggu, Boy Iman Mahu Mulakan Hidup Baru

Hiburan

Hilang Arah Tuju Dan Emosi Terganggu, Boy Iman Mahu Mulakan Hidup Baru

Pelakon dan juga ahli perniagaan, Boy Iman baru-baru ini ada memuat naik status hantaran berbaur penyesalan dan juga perkembangan terkini kehidupannya ketika ini.

boy iman muflis
4 years ago

"Saya Hanya Mampu Tergelak Sahaja" - Boy Iman Diisytihar Muflis

Advertisement

Ujar Boy Iman atau nama sebenarnya Nourul Iman A. Rahman,41, banyak perkara dan musibah telah terjadi ke atas dirinya sepanjang tahun ini sehingga membuatkan dia hilang arah tuju dan mengalami gangguan emosi.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka dirinya akan diuji sekali lagi setelah dilanda musibah hebat sekitar tahun 2017 yang lalu apabila empayar perniagaan miliknya, DBI Group lingkup akibat difitnah.

Emosi saya sekarang terganggu, saya hilang diri saya, saya hilang arah tuju, saya tak tau nak ke mana, nak buat apa, nak jadi apa. Pelbagai perasaan bercampur baur. Saya lost.

Meskipun begitu, Boy berkata dia kini dalam proses memperbaiki semula kehidupannya ke arah yang lebih baik dan kuat daripada sebelum ini.

Sesuai dengan masa yang mendatang ini, tahun baru 2022 yang bakal menjelma. Saya balikkan segala urusan dunia dan akhirat saya kepada Sang Pencipta saya, Allah Taala.

Terdahulu, pelakon filem Blok 404 ini telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalannya melunaskan hutang tuntutan lebih RM60,000 yang dibuat oleh seorang individu pada tahun 2019.

Malah, Boy juga telah kehilangan gelaran Datuk secara rasmi setelah dia menerima surat penarikan dan pembatalan darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berikutan kes itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...