Hidup Shukri Yahaya Kini Dikawal Isteri Selepas Kontroversi WeChat?

Hiburan

Hidup Shukri Yahaya Kini Dikawal Isteri Selepas Kontroversi WeChat?

Pernah hangat dengan kontroversi menggoda wanita di aplikasi WeChat, ada pihak yang mendakwa hidup pelakon kacak Shukri Yahaya sehingga hari ini dikawal ketat oleh isterinya, Tya Adnan kerana jarang muncul di acara hiburan.

Advertisement

Isteri saya tidak pernah mengawal saya seperti didakwa. Orang nampak saya tidak aktif di kaca televisyen (TV) bukan kerana saya berkurung di rumah sebaliknya saya sibuk di set penggambaran dan produknya akan dipertonton tahun ini.

Saya akui memang kali pertama saya berhadapan dengan kontroversi seperti itu tetapi sejujurnya perkara tersebut tidak pernah memberi impak kepada karier mahupun keluarga saya.

Walaupun kontroversi berkenaan mendapat liputan meluas dan membuatkan Shukri tertekan pada waktu itu, hubungan beliau dengan Tya tidak mempunyai sebarang masalah dan masih bahagia bersama.

Saya nakal tetapi lebih kepada mengacau orang sahaja. Untuk nakal membabitkan perempuan itu bukan saya. Malah tidak pernah terlintas pada fikiran saya untuk berbuat demikian.

Buat Shukri, perkahwinan dan keluarga adalah harta yang paling berharga buat dirinya dan tidak mungkin beliau akan melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan beliau kehilangan cinta serta kasih sayang.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...