Hidup Ini Tak Selalunya Indah, Ujian & Cabaran Yang Hadir Mengajar Kita Erti Kesyukuran #KitaOK

Hiburan

Hidup Ini Tak Selalunya Indah, Ujian & Cabaran Yang Hadir Mengajar Kita Erti Kesyukuran #KitaOK

Dipanjangkan usia untuk hidup di bumi Malaysia ini selama 34 tahun, Abang Nara boleh katakan kehidupan ini penuh dengan cabaran, dugaan dan ujian. Hidup memang tidak selalunya indah. Namun kepayahan dan kesukaran yang ditempuhi mengajar Abang Nara erti bersyukur dengan apa yang ada, melihat apa yang terjadi daripada segi positif dan bergembira dengan “every little thing in life”.

sekarang ini isteri dan anak-anak dah cukup untuk gembirakan diri ini

Abang Nara masih ingat lagi betapa gelapnya dunia ketika anak sulung Abang Nara iaitu Aariz telah didiagnosis dengan “autism” pada usia 3 tahun. Isteri Abang Nara jangan cakaplah. Tiap-tiap hari dia menangis. Sebulan dua jugaklah kami berdua bersedih. Satu malam Abang Nara terfikir “sampai bila aku nak down sedih macam nie? Aku kena buat something”. Sejak itu, Abang Nara melihat apa yang terjadi terhadap Aariz secara positif. Pergi hantar dia terapi, luangkan lebih banyak masa, banyakkan berborak dan cuba memahami apa yang dia mahukan. Sekarang ini Alhamdulillah Aariz dah dikategorikan sebagai kanak-kanak normal.

Advertisement

Bagi Abang Nara, pengalaman dengan Aariz ini mengajar erti dugaan dan ujian itu sebahagian daripada lumrah kehidupan. Bergantung kepada kita bagaimana untuk menempuhinya. Jangan hanya lihat apa ujian yang hadir itu dari sisi negatif sahaja. Pasti ada sisi positifnya. Bak kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Perkara paling penting perlu kita ingat ialah setiap orang mempunyai ujian dan dugaan yang berbeza-beza. Cara nak menghadapinya pun berbeza-beza. Contohnya macam video #KitaOk di atas. Ada yang meniaga air kelapa tapi tak laku sebab cuaca hujan, ada nelayan yang pulang dengan tangan kosong selepas seharian mencari rezeki, ada yang dah berpuluh tahun menjalankan perniagaan keluarga dan macam-macam lagilah. Suka Abang Nara tengok positiviti di dalam minda mereka. Cabaran-cabaran sebegini memang akan sentiasa ada, tapi kita tak perlulah terlalu memikirkannya sampai jadi stress sepanjang masa.

Untuk makluman, #KitaOK ini adalah satu inisiatif sosial media untuk menyebarkan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita sentiasa bersyukur dengan setiap perkara kecil yang terjadi dalam hidup kita. Contohnya macam dapat makan maruku di rumah jiran bersempena Deepavali, masa Gong Xi Fa Chai boleh makan limau Mandarin sampai lebam dan sebagainya. Dah banyak dah perkongsian menarik menerusi hashtag #KitaOK yang boleh dibaca di laman sosial. Tengah trending sekarang nie!!

Bila baca balik apa yang dikongsikan menerusi #hastag ini, sesungguhnya Abang Nara bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Terlalu banyak benda-benda best ada di Malaysia ini. Cuma biasalah kadangkala kita “take things for granted”. Tutup sebelah mata dan tak sedar ia sebenarnya adalah satu nikmat yang perlu kita syukuri. Tak gitu? Apa pula kisah hidup anda? Kongsikan di laman sosial dengan hashtag #KitaOK dan jangan lupa layari www.kitaok.com.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...