May 6th, 2020

Satu demi satu dugaan yang menimpa balu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali selepas pemergian suami tercintanya itu. Selepas mengalami masalah dengan keluarga mertua, wanita itu kini dihimpit pula dengan sikap dengki sesetengah manusia.

Menurut entri Instagram yang dimuat naik oleh Hidayah sebentar tadi, dia mendedahkan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil akaun Facebook suaminya.

Hal itu hanya disedari olehnya selepas dia gagal untuk mendapatkan akses ke akaun tersebut meskipun mampu masuk seperti biasa pada paginya.

“Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah, tapi sekarang tak boleh boleh buka.”

Lebih menyedihkan selepas akaun Facebook arwah Abam di’serang’, kini akaun Instagram rasminya juga cuba diakses oleh orang lain. Malahan, perkara ini bukan sekali dua terjadi.

keluarga abam bocey

Tegas Hidayah, akaun tersebut tidak mungkin dapat dinyahaktif secara automatik kerana media sosial tersebut diletakkan di bawah alamat emelnya selepas arwah meninggal dunia.

“Email memang saya punya tapi nama FB Syed Umar Mokhtar memang dah tak ada.”

Rata-rata pengikut wanita ini memberikan kata-kata semangat kepadanya selain mencerca individu yang tiada kerja berfaedah lain untuk dilakukan sehingga sanggup menggodam akaun media sosial arwah Abam.

Sumber: GEMPAK


5 responses to “Hidayah Dedah Media Sosial Milik Arwah Abam Jadi Mangsa Godam”

  1. Anonymous says:

    Mula dah, fitnah menfitnah netizen. Moga sedap hidangan dosa di bulan posa ni ya

  2. Ali bodo says:

    Bodo ali puteh gemuk ni rebut harta abg dia.. ckp mcm power je x pdn gemuk itam

  3. Anonymous says:

    Ada la petanda tu. X jaga hubungan sesama ehem ehem, maka turun lah satu ujian. Xnak campur. Diri sendiri lebih pandai kan

  4. Anonymous says:

    Kenape kena update guna fb arwah suami? Itu dah kira mencuri identiti org. Kalau ada yg repot pd facebook yg tuanpunya dah meninggal, akaun fb tu akan ditutup. Buka fb sendiri kalau nak update ape2

  5. Anonymous says:

    Aku tak faham la penting sangat ke FB, Instagram semua ni? Okay faham bagi Hidayah, banyak posting mengenai memori dengan arwah suami. Tapi yang aku tak faham, banyak orang kecoh dan bising2 kalau ig fb kena hack…untuk ape? bukan yer penting pun. Ada yang sanggup bayar nak dapat balik akaun..

Loading...