Sebuah helikopter jenis BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and Landing Port (STOLport), Sarawak, petang ini.
Kejadian berkenaan turut disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi satu kenyataan. CAAM memaklumkan pihaknya menerima notifikasi mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

“CAAM menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang,” katanya.
Menurut CAAM, helikopter berkenaan ketika kejadian sedang menjalankan operasi Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service).
Insiden tersebut berlaku berhampiran Long Lellang STOLport, namun keadaan kelima-lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan belum diperincikan dalam maklumat yang diberikan.
Sementara itu, siasatan lanjut mengenai punca kejadian akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Siasatan akan dijalankan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. AAIB sememangnya merupakan badan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan kemalangan dan insiden udara awam di Malaysia. (Ministry of Transport Malaysia)
Sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa serta punca kejadian dijangka akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
