“Hebat Permainan Dia” – Baru Keluar ‘Dating’ Semalam, Hari Ini Kekasih Jadi Tunang Orang Lain

Kehidupan

“Hebat Permainan Dia” – Baru Keluar ‘Dating’ Semalam, Hari Ini Kekasih Jadi Tunang Orang Lain

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu perkongsian daripada seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa apabila kekasih hatinya tiba-tiba bertunang dengan orang lain secara senyap-senyap.

Menerusi video tersebut, mereka berdua malah sempat keluar ‘dating’ sehari sebelum kekasihnya itu bergelar tunangan orang.

Advertisement

Jelas lelaki berkenaan, dia memang ‘down’ teruk saat menerima berita kekasihnya kini sudah bertunang.

lelaki

Hebat permainan dia, semalam keluar elok-elok, hari ini dah jadi tunang orang lain, manusia memang tak ada hati perut macam ni gamaknya.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 2.3M tontonan, 214.7K tanda suka, dan 21.4K komen di laman TikTok.

Jika tahu dia sudah berpunya saya tidak akan tergamak untuk mendekati dia.

@terlalucomplicated

Hebat permainan dia,semalam keluar elok2,harini dah jadi tunang orang lain,manusia memang takda hati perut macam ni gamaknya..

? Pasti – Cherpen Band

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat untuk lelaki berkenaan supaya terus kekal kuat.

“Mana hati perasaan dia weh, aku sebagai wanita tak boleh brain perangai macam ni, kifarah tu ada, nanti dia rasa lagi teruk dari yang dia buat dekat orang,” tulis seorang netizen.

“Aku tak faham, diorang buat orang macam ni tak rasa sebersalah langsung ke? kalau tak suka cakap tak perlu buat kerja dalam diam macam ni, sakit tahu tak,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

ft image
2 years ago

"Makin Merepek!" - Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...