Hayla Pasang Gigi Palsu, Aeril Zafril Dedah Kos Rawatan, Mahal Betul!

Hiburan

Hayla Pasang Gigi Palsu, Aeril Zafril Dedah Kos Rawatan, Mahal Betul!

Rasanya umum pasti sudah sedia maklum bahawa anak kedua kepada selebriti terkenal Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayl Magfiratul Adzkiyaa baru sahaja selesai memasang gigi palsu di usianya enam tahun.

Pastinya peminat ingin mengetahui kos rawatan keseluruhan bagi prosedur tersebut dan oleh disebabkan itu, Aeril telah menjawab persoalan yang juga ditanyakan seorang individu menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di Instagram miliknya.

Advertisement
Aeril Ask Me QuestionSumber : Instagram Aeril Zafrel  

Menurut Aeril, kos bagi rawatan gigi Hayla telah menelan belanja sebanyak RM9,000.

“Disebabkan Hayla kena cabut gigi dia, jadi kos semua dalam RM9,000..” jawabnya ringkas.

Hayla Sumber : Instagram Hayla  

Manakala di hantaran yang lain, Wawa turut berkongsikan prosedur yang perlu dilalui Hayla termasuklah menjalani pembedahan membuang gigi.

Terdahulu, pasangan ini pernah dikritik sesetengah individu apabila anak keduanya itu tidak mempunyai gigi yang cantik sekaligus dituduh tidak pandai menjaga anak.

Sekadar info, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6 dan Aya Soffya yang kini berusia dua tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...