February 2nd, 2012

Sejak kebelakangan ini penyanyi Hattan tidak lekang dengan kontroversi. Baru-baru ini dia telah bercerai selepas dua bulan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Farah Asyikin Othman, dan yang terbaru, dia didakwa memperdayakan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30  hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang RM 1 juta.
Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-

Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:

Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:

Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.

Untuk makluman anda sepasang suami isteri tersebut beberapa hari lepas mendakwa mereka menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis akibat diperdaya Hattan disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.

Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat.

Tambah beliau, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.

Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.


137 responses to “Hattan – Saya Tidak Mahu Buka Aib Orang”

  1. Nur Kasih says:

    yaa.. aku sokong statement ” hamba Allah” tu… ( copy arr..
    Ya Allah, barangsiapa mengurus urusan umatku ini, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia ! Dan barangsiapa menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia juga, Ya Allah.” (QS. HR Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban dan Al Baghawi)

  2. hamba allah says:

    EN HATTAN & PUAN ZURA & EN YUSUF
    Baca jer sekadar renungan k…

    Sungguh indah hidup ini apabila dihiasi dengan kehalusan hati, kelembutan jiwa dan cinta kasih dan alangkah ruginya manusia yang tidak dapat merasakan cinta kasih Allah SWT dan sesamanya. Dan alangkah sunyi dan sepi, menusia tanpa cinta kasih sesama. Manusia adalah makhluk sosial yang senantiasa berinteraksi dan membutuhkan pengakuan, pujian, sanjungan dan pembelaan dari sesamanya. Kasih sayang sangat dibutuhkan oleh semua insan, maka jadilah hamba pengasih dan penyayang terhadap lainnya seperti halnya Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang terhadap semua makhluk-Nya.
    Sabda Rasulullah SAW, “Allah tidak akan mengasihi orang yang tidak mengasihi sesama.” (HR. Bukhari)
    Jauhi gelar “Zalim” karena penjaranya adalah Jahanam, dan Al-Haq (Yang Maha Benar) adalah hakimnya serta kuburan menjadi tempat yang sangat menyeramkan bagi orang yang berbuat zalim. Karena penuh siksa dan azab dan perhitungannya amat panjang, maka bebaskanlah diri dari kesombongan dan aniaya. Apapun rahasianya keindahan tidak akan terpancar.
    Hiasi hidup ini dengan kebijaksanaan dan keadilan, jangan kecewakan orang lain dengan lidah dan tangan serta tindakan yang kotor. Menganiaya orang lain, memakan harta orang lain tanpa hak, menghianati ataupun tindakan zalim lainnya.

    Firman Allah SWT :

    “Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapatkan azab yang pedih.” (QS. Asy Syura : 42)

    “Ya Allah, barangsiapa mengurus urusan umatku ini, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia ! Dan barangsiapa menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia juga, Ya Allah.” (QS. HR Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban dan Al Baghawi)

  3. idir says:

    kesimpulannya di sini…jgn jamin sesapa or syarikat mana2 or bagi nama utk jadi director company..karang kalau ada prob kita jugak kene..kan?

    sekian.

  4. lea says:

    kes mcm ni bukannya cerita baru,org2 kebyknn pun ramai yg kena,c penipu mmg la segala raja,org yg mcm gini biasanya lidah brcabang,manis mulut,mcm2 janji manis bila dah untung kununnya,d depan pijak semut x mati,so..yg kena ayat x perasan pun yg depan mata ni buaya yg dr awal lg mmg dah ngangah mulut,walaupun sy x pernah kena tp d skeliling ni sy olwez alert dgn kisah mcm ni,simpati sy dgn azura walaupun sy x kenal tp jujur hatinya sy terasa..org2 teraniaya ni akan d dengar ALLAH rintihannya,c penipu jgn ingat x karma,ALLAH itu MAHA ADIL..

  5. hmmmm says:

    INGT SENANG KE NK TUDUH2 ORG..LBH2 LG CELEBRITY MCM HATTAN 2. KLU AKU JD ZURA N HUBBY PUN AKU MEROYAN. DH XGETI2 NK BYR HUTANG KN? TPAKSALH CRI JALAN AKHIR PKSA SI HATTAN NI BAYAR. SEJUTA LK 2!

    KLU BETULLH KO NAYE ORG, SETTLE DULU YE. KLU SETAKAT NK PG HAJI SPY MURAH REZEKI, NK TUNJUK BAIK..TANGGUHKN DULU. XTAKUT KE BALASAN KT SANA? G HAJI LK 2.

    JUAL JE LH BANGLO KO KT KG 2..BYR HUTANG ORG HATTAN OIII!

Loading...