Hati Saya Tidak Sebusuk Itu Untuk Khianati Mereka – Anna Jobling Nafi Sebarkan Video Dewi Remaja Mabuk

Hiburan

Hati Saya Tidak Sebusuk Itu Untuk Khianati Mereka – Anna Jobling Nafi Sebarkan Video Dewi Remaja Mabuk

Isu bekas Dewi Remaja 2018/2019 berparti di kelab malam bersama beberapa lagi finalis Dewi Remaja sehingga mabuk merupakan kontroversi yang paling menggemparkan. Gelaran yang diberikan kepada Haneesya Hanee ditarik balik dan Ernisha serta Fazreen tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Advertisement

Susulan itu, Ernisha pernah mendakwa ada pengkhianat di dalam Dewi Remaja yang sengaja menyebarkan video kontroversi itu. Secara tiba-tiba, nama Anna Jobling pula dikaitkan.

Bagaiamanapun, Anna menafikan dakwaan dalang disebalik penyebaran video itu. Sudah menganggap kesemua peserta Dewi Remaja ibarat adik-beradik, beliau tidak mungkin mempunyai niat busuk untuk mengkhianati mereka apatah lagi merasa cemburu Haneesya dipilih sebagai pemenang.

Untuk apa saya mengkhianati mereka, sedangkan kami melalui jatuh bangun bersama ketika menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019? Kami rapat seperti adik-beradik dan hati saya tidak sebusuk itu untuk menjatuhkan orang lain. Tiada sekelumit perasaan dengki dan iri hati apabila Haneesya Hanee dipilih sebagai pemenang.

Saya juga tidak pernah bermasalah dengan Ernisha mahupun Fazreen. Jauh di sudut hati, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Apa bukti saya dalang yang menyebarkan video itu? Saya cabar mereka yang menuduh supaya tampil bersama bukti, bukan hanya tahu petik nama.

Jika sudah melakukan kesalahan, tiada guna menuding jari menyalahkan orang lain. Kenapa saya yang menjadi mangsa tuduhan? Jujurnya, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah.

Anna mengakui kecewa dihimpit dengan pelbagai tuduhan dan kecaman sedangkan orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar. Isu ini sedikit sebanyak mencalarkan imej dan reputasinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Remaja

Kredit Video : MHE TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...