Haters Ibarat Penyampai Santau Zaman Moden, Tujuan Sama Untuk Menjatuhkan – Nur Sajat

Hiburan

Haters Ibarat Penyampai Santau Zaman Moden, Tujuan Sama Untuk Menjatuhkan – Nur Sajat

Kalau sebut nama Nur Sajat tentu anda semua tahu usahawa kosmetik ini sering  terpalit dengan kontroversi dan dikecam netizen. Sajat mengibaratkan golongan “haters” sebagai penyampai “santau” di zaman moden yang tidak henti ingin menjatuhkan seseorang.

Advertisement

Jika di zaman dahulu, kalau ada yang tak berpuas hati dengan sesetengah pihak, mereka mempercayai aktiviti mistik serta boleh menghantar santau seperti santau angin, santau makanan dan sebagainya untuk menjatuhkan seseorang.

Zaman sekarang pula, haters yang terdiri daripada golongan keyboard warrior ini menjadi penyampai ‘santau’ di zaman moden. Tak perlu aktiviti mistik, mereka hanya menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Tujuan masih sama iaitu untuk menjatuhkan. Bagi saya, lebih baik jika golongan seperti ini tidak dilayan langsung kerana tak semua pihak akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan.

Sajat kini lebih memetingkan perasaan keluarga beliau dan bergaul dengan orang-orang yang positif. Dalam erti kata lain, beliau sudah tidak mahu mengambil peduli ataupun tertekan dengan mereka yang sering menghukum dirinya.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...