Hasrat Saleem Sertai Gegar Vaganza Tidak Kesampaian – Zamani

Hiburan

Hasrat Saleem Sertai Gegar Vaganza Tidak Kesampaian – Zamani

Selepas bertarung dengan kesakitan akibat kemalangan jalan raya kira-kira sebulan lalu, semalam kita dikejutkan dengan berita penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia. Tentu sekali pemergian Allahyarham memang menyedihkan bukan sahaja buat penggiat industri seni tetapi juga peminat.

Advertisement

Seorang lagi penyanyi berbakat besar iaitu Zamani Slam turut terkejut dengan kehilangan rakan baiknya itu, beliau memberitahu Allahyarham pernah menyatakan hasratnya untuk menyertai program Gegar Vaganza.

Ketika arwah masih sihat, kami sempat bergurau untuk bersama-sama menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza. Namun, saya agak terkilan kerana tidak sempat bercakap dengan arwah buat kali terakhir. Ketika melawatnya selepas kemalangan tempoh hari, arwah sudah tidak boleh bercakap. Sebenarnya, banyak impian dan hasratnya yang masih belum kesampaian, namun Allah lebih menyayanginya.

Bakat yang ada pada Saleem memang tiada tandingannya dan beliau juga mempunyai aura yang begitu istimewa. Sekali lagi kami ucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga terus tabah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...