“Harini Tudung Mana?” – Muat Naik Gambar Tanpa Hijab, Netizen Tanya Isteri Caprice Kembali ‘Free Hair’?

Hiburan

“Harini Tudung Mana?” – Muat Naik Gambar Tanpa Hijab, Netizen Tanya Isteri Caprice Kembali ‘Free Hair’?

Baru-baru ini, isteri penyanyi rap Caprice, Farra Innalis mendapat pujian ramai selepas dia tampil mengenakan hjab.

Ramai yang suka melihat perubahan itu apatah lagi Farra sebelum ini sering mendapat perhatian dan kritikan di TikTok kerana video tariannya.

Advertisement

Namun, baru sahaja memuat naik gambar berhijab Julai lalu Farra membuatkan ramai terkejut apabila foto terbarunya di Instagram menunjukkannya tidak bertudung semula.

Tidak pasti jika ia merupakan gambar lama namun foto-foto tersebut mengundang komen kurang enak daripada segelintir netizen.

Beberapa pengguna Instagram dilihat mengkritik Farra kerana baru sahaja dipuji sudah bertudung namun kini kembali mendedahkan auratnya.

Aik haritu dah bertudung. Manis dah. Hari ini tudung mana?”

Farra bagaimanapun membalas komen tersebut dan menemplak salah seorang lelaki yang memberikan komen pada gambarnya.

Dia meminta lelaki tersebut bertenang dan tidak membesarkan isu terbabit selain memerli untuk membeli kopi ais bagi menyejukkan hati individu yang panas melihat gambarnya itu.

Terdahulu pada bulan Julai, penampilan Farra yang bertudung mendapat pujian ramai netizen namun selepas berkongsi foto sedemikian, Farra membuatkan ramai tertanya-tanya tentang imej sebenarnya.

Caprice atau mesra dipanggil Cap oleh pengikutnya di media sosial juga turut dipuji kerana dikatakan berjaya mendidik isterinya untuk menutup aurat.

netizen tegur isteri Caprice
2 years ago

"Tak Perlu Bagi Warganet Tengok Lagi" - Dah Bertudung, Netizen Minta Isteri Caprice 'Stop' Menari Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...