“Hari Raya Pun Tak Masuk Rumah, Dekat Luar Je Salam” – Ada 16 Orang Anak Tapi Tak Dibantu, Dibiar Hidup Sendirian

Kehidupan

“Hari Raya Pun Tak Masuk Rumah, Dekat Luar Je Salam” – Ada 16 Orang Anak Tapi Tak Dibantu, Dibiar Hidup Sendirian

Tidak pasti apa yang telah berlaku pada masa silam namun sangat mengejutkan dan menyedihkan apabila seorang lelaki warga emas yang memiliki 16 orang anak kini hidup sebatang kara.

Menurut laporan, lelaki berusia 70-an tersebut kini terpaksa hidup bersendirian di sebuah rumah dalam keadaan yang tidak elok di Rumah Rakyat Panchur, Seremban, Negeri Sembilan.

Advertisement

Difahamkan, 16 anaknya itu adalah hasil daripada empat perkahwinan dan ada di antara mereka yang menyandang jawatan sebagai penjawat awam.

Anak 16 orang, keadaan rumah yang sangat daif, agak tak selesa.”

Warga emas itu berjumpa dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff dan sekumpulan pegawai kementerian ketika program turun padang untuk santuni masyarakat setempat baru-baru ini.

Lebih 30 sukarelawan yang hadir termasuklah kakitangan agensi kerajaan serta pihak berkuasa telah datang ke rumah dan membantu untuk mencuci rumah lelaki bernama Muhamad bin Haron itu. Menceritakan tentang anak-anaknya, kata warga emas itu anak sulungnya kini berusia 46 tahun.

Dua orang di Singapore. Seorang di Subang Perdana, dia kerja dengan Malayan Banking tapi takmau tolong saya. Tu problem dia.”

Kata Siti Zailah, dia tersentuh melihat keadaan warga emas berkenaan apatah lagi selepas mendapat tahu dia mempunyai anak seramai itu namun terpaksa bergantung harap kepada jiran serta badan bukan kerajaan.

Bagaimanapun difahamkan anak-anaknya ada datang melawat namun hanya sehingga ke pintu rumah sahaja dan tidak masuk ke dalam.

Jelasnya lagi, lelaki itu juga mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi elaun warga emas sejak tahun 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

makcik
2 years ago

(VIDEO) “Dah 2 Bulan..” - Tidur Di Kaki Lima Sampai Mengganggu Peniaga, Netizen Tanya Mana Anak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...