“Hari-Hari Nampak Muka Sama” – Lelaki Anggap Kerja ‘Off Shore’ Tak Sesuai Untuk Wanita Undang Perdebatan Netizen

Kehidupan

“Hari-Hari Nampak Muka Sama” – Lelaki Anggap Kerja ‘Off Shore’ Tak Sesuai Untuk Wanita Undang Perdebatan Netizen

Tular sebuah video di Facebook baru-baru ini apabila seorang lelaki tampil memberi pendapat peribadi mengenai wanita yang bekerja di atas kapal atau ‘off shore’ ini tidak sesuai kerana cara bekerja yang kasar dan lasak.

Secara ringkas, lelaki itu yang turut bekerja dalam bidang yang sama menjelaskan bahawa wanita yang terlibat dalam profesion itu mungkin akan terdedah kepada maksiat dan kancah zina serta gangguan jenayah seksual.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat lelaki itu dan merasakan wanita sepatutnya mencari pekerjaan lain yang lebih selamat dari segi mental dan fizikal.

Suami saya pun ada cakap hal ni. Bila cakap teringin nak keja macam tu. Dia kata tak payah la. Kita perempuan nampak macam tak ada apa kan. Tapi sebenarnya nak jaga aurat dan maruah sangat susah. – netizen

Namun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat lelaki itu dan merasakan soal tidak dapat menahan nafsu itu bergantung kepada individu itu sendiri.

TwitterSumber : Twitter  

“Sekarang ni dalam pondok/tahfiz sendiri pun boleh kena sontot. Kat mana-mana pun ada risiko. Selagi ada keyakinan pada Allah, semuanya akan okay.” komen seorang lagi netizen.

Setiap pekerjaan mempunyai risikonya yang tersendiri, ambil iktibar yang mana patut ok geng!

vape tebuk dada
2 years ago

"Berlubang Dada Kena Tebuk"- Nak Lari Dari Rokok, Wanita Ini Terkesan Lihat Derita Penghisap Vape

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...