March 26th, 2020

Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan  tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.

Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.

black hanifah

 

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.

Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.

black

Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.

60 responses to “Harap Kerajaan Bantu Kami, Artis Yang Selama Ini Banyak Bantu Negara- Black Hanifah”

  1. Sapri Aboy says:

    Gaya hidup mewah. Duduk rumah mewah.. Hobi mewah.. Percutian mewahh.. Ko nk apa lg? Tak malu ke meminta2…

  2. Butterfly says:

    Tak sampai sebulan Minta bantuan.. patut kau turun pdg tlg sama.. takde kelas suka meminta2, buat konsert bkn free nak peminat byr.. derma utk org susah X mau.. kau dulu prnh susah jual ikan.. tahu cmne golongan peniaga lagi susah.. tolongla.. tgk Jackie Chan siap derma lagi.. apa la suka meminta2

  3. bard mumfather says:

    Inilah salah seorang manusia tak tahu bersyukur dgn apa yg ada…cuba fikir dulu sblm kau jadi artis dan hidup kau skang jauh lebih baik…kau nak apa lagi???

  4. Anonymous says:

    Jual la kete mewah sebiji.apadahal.rakyat lbh menerlukn.

  5. Anoyed says:

    Malu laaaa hidup mewah tp minta bantuan lg…..
    Eh artis luar negara siap bg sumbangan duit utk bantu frontliners, bkn minta kerajaan bg duit belanja….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini