Haram Ada Tatu Sementara Di Badan Walaupun Daripada Inai – Da’i Wan

Hiburan

Haram Ada Tatu Sementara Di Badan Walaupun Daripada Inai – Da’i Wan

Baru-baru ini, tindakan pelakon Syafie Naswip yang memuat naik foto dirinya dengan imej bertatu di bahagian lengan dan dada mencetuskan perdebatan dikalangan netizen meskipun tatu tersebut diperbuat daripada inai serta bersifat sementara.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Da’i Wan yang memberitahu haram hukumnya untuk seseorang muslim mencacah tatu di badan walaupun ia hanya tatu sementara .

Advertisement

Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu. Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.

Untuk penggunaan inai pula, Da’i Wan berkata ia tidak menjadi masalah untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan asalkan ia tidak  berbentuk seperti foto lucah ataupun binatang.

Walaubagaimanapun, lelaki diharamkan untuk mengenakan sebarang corak lukisan di badan termasuklah dengan menggunakan inai.

Perempuan dibenarkan  mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah. Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan.

Harapnya dengan penjelasan ini, netizen akan lebih faham mengenai isu tatu sementara serta penggunaan inai sebagai tatu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...