Terpalit dengan pelbagai kontroversi terutama sekali berkaitan isu beliau didakwa sengaja mencetuskan gimik kononnya mengalami depresi kerana ingin mempromosikan lagunya, penyanyi Haqiem Rusli mengakui beliau ada berkecil hati dengan sesetengah rakan artis yang turut mengecam dirinya sama seperti netizen yang tidak mengetahui hal sebenar.
Berada dalam satu industri yang sama, apa salahnya artis-artis itu menegur ataupun berbicara secara terus terang sahaja dengannya.
Normal lah orang kena bash apabila seseorang buat silap. Tetapi saya sangat berkecil hati apabila ada rakan-rakan artis yang bash saya sekali, sedih saya. Saya tak pernah kacau orang, tak pernah perli orang, kenapa perlu bash? Padahal boleh cakap depan-depan. Sebab kita akan jumpa juga nanti, pusing-pusing dalam industri ini pasti akan jumpa balik.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menyimpan sebarang perasaan dendam dan sudah pun memaafkan mereka.