Hanya Saya Dan Orang Terdekat Dengan Kami Tahu Apa Sumbangan Fizz – Almy Nadia

Hanya Saya Dan Orang Terdekat Dengan Kami Tahu Apa Sumbangan Fizz – Almy Nadia

Tahniah diucapkan buat Fizz Fairuz yang kini bergelar Datuk setelah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) semalam. Dia menerima darjah itu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Kata Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39:

Gelaran ini sebenarnya adalah tanggungjawab besar perlu saya pikul dan saya akan berusaha menjaga amanah ini sebaik-baiknya.

Dia beranggapan anugerah itu sebagai penghargaan tertinggi buat dirinya yang sebelum ini banyak terbabit dalam pelbagai aktiviti pelancongan di Pahang. Namun begitu, sudah pasti penganugerahan itu menimbulkan cakap-cakap di kalangan Netizen yang beranggapan sumbangan Fizz kepada masayarakat tidak begitu signifikan untuk memungkinkannya menerima anugerah itu.

Melalui Harian Metro, Fizz mengakui sumbangannya kepada negeri Pahang sebagai seorang anak jati Raub:

Mungkin ramai tidak tahu saya adalah anak jati Raub dan pada masa sama saya juga banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini.

Selain itu, saya juga menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.

Almy juga meminta usah dipersoal gelaran diterima suaminya dan enggan ambil peduli setiap komen dan kritikan terhadap Fizz Fairuz.

Isterinya, Datin Almy Nadia memberitahu mereka tidak ambil pusing kecaman masyarakat:

Tidak dinafikan netizen sekarang memang lantang dan gemar mengecam sesuka hati tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang.

Namun, saya dan suami memilih untuk tidak ambil pusing dengan setiap kecaman kerana ini rezeki yang datang daripada Allah.

Baginya, sebagai orang terdekat dengan suaminya dia melihat setiap usaha keras yang dilakukan Fizz:

Penganugerahan ini adalah usaha kerasnya dalam menaikkan dan mengharumkan nama negeri kelahirannya.

Hanya saya dan orang terdekat dengan suami tahu apakah sumbangan dan usaha yang dilakukannya.

Advertisement

Rata-rata pengikut Fizz mengucapkan tahniah buat beliau di menerusi ruangan komen di Instagramnya. Sekali lagi tahniah ducapkan buat Fizz dan isteri semoga kerjaya berkembang lebih maju lagi selepas ini. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...