Hanya Respon, Mungkin Doktor Tidak Jelas Apa Maksud Sumpah – Suhaimi Saad

Hiburan

Hanya Respon, Mungkin Doktor Tidak Jelas Apa Maksud Sumpah – Suhaimi Saad

Kecoh dengan perdebatan mengenai bentuk bumi sama ada rata atau bulat sfera yang mula dicetuskan oleh Suhaimi Saad.

Advertisement

Susulan isu tersebut, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah tampil memberi penjelasan lanjut beserta dengan fakta sebenar mengenai bentuk bumi. Ia juga berdasarkan pengalaman beliau semasa di angkasa lepas serta apa yang beliau lihat dengan mata sendiri.

Namun, Dr Sheikh akui beliau tidak mampu mengubah pandangan dan pemikiran golongan ‘flat earth’ tegar.

Agak cepat membaca respon yang diberikan oleh Dr Sheikh, Suhaimi dengan pantas menjawab setiap kenyataan daripada angkasawan negara itu.

Menurut Suhaimi, beliau kecewa kerana Dr Sheikh hanya sekadar memberikan respon dan bukannya bersumpah seperti yang diminta sebelum ini. Oleh itu, beliau tidak akan berhenti membuat ‘kajian’ mengenai bentuk bumi ataupun membantu berdakwah untuk golongan ‘flat earth’ yang begitu mempercayau bumi itu adalah rata.

Kami tidak pasti ilmu apa yang saudara Suhaimi pelajari sehingga angkasawan yang mengikuti misi selama 12 hari di angkasa lepas memberitahu fakta sebenar pun beliau tidak boleh terima. Tidak mengapalah, yang penting segalanya sudah dijelaskan dan terpulang jika hendak percaya ataupun sebaliknya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...