Kecewa dengan dakwaan pengarah Shuhaimi Lua yang mendakwa abangnya, Farid Kamil membawa pistol ke lokasi penggambaran, Fadzil Zahari tampil menjelaskan pistol berkenaan bukan milik Farid dan sebenarnya salah satu props dalam drama dan dari set itu sendiri.
Fadzil mempersoalkan motif pengarah tersebut mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.
Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai? Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini.