Hanya Buka Warung Kecil, Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal – Nabila Huda

Hiburan

Hanya Buka Warung Kecil, Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal – Nabila Huda

Gerai makan Waroeng Isabella milik pelakon Nabila Huda dan suaminya yang baru sahaja dibuka mendapat sambutan yang agak baik.

Advertisement

Namun, sejak beberapa hari lalu ada beberapa netizen tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan dan mengatakan makanan yang disajikan juga tidak enak seperti yang disangka. Macam-macam juga komen yang dilemparkan kepada Nabila.

Menurut Nabila, beliau tidak dapat memuaskan hati semua orang ataupun menjanjikan kesempurnaan. Bukan tidak boleh menerima kritikan daripada pelanggan, cuma sekiranya benar tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kedai makannya itu, boleh terus mesej beliau secara peribadi di media sosial dan bukanlah terus viral.

Nabila beranggapan mereka yang mempersoalkan layanan serta kualiti makanan di gerainya itu merupakan pelanggan yang tidak bernasib baik. Apa-apa pun, beliau tetap memohon maaf atas apa yang berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...