Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa Di Maldives

Hiburan

Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa Di Maldives

Umum mengetahui baru-baru ini Neelofa menikmati percutian yang sangat indah di Pulau Maldives dan berkesempatan untuk merasai pengalaman menginap di sebuah villa mewah di dasar laut berharga RM200,000 untuk satu malam.  Selebriti itu juga sempat berkongsi beberapa foto sekitar percutiannya dengan peminat di Instagram.

Advertisement

Namun, timbul spekulasi mengatakan Neelofa turut bercuti bersama dengan bekas kekasihnya, Datuk Hans Isaac. Semuanya bermula apabila tersebarnya foto Hans bersama seorang peminat yang mendakwa mereka terserempak dengannya di lapangan terbang.

Bagaimanapun, Hans menfikan khabar angin tersebut dan menjelaskan ia hanya satu kebetulan sahaja.

Tak, saya di lapangan terbang tu, KLIA dan sedang menuju ke tempat lain. Mereka yang ke sana (Maldives) dan bukannya saya. Seronok kalau dapat pergi Maldives, mahal tempat tu.

Hans pun sudah mengakui ada teman wanita baharu cuma belum bersedia untuk mendedahkan identiti pasangannya itu. Mungkin hubungan rapat Hans dan Neelofa membuatkan orang ramai terus menyangka mereka bercinta dalam diam sedangkan mereka tidak mempunyai hubungan istimewa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...