Selepas melalui episod putus tunang yang membuatkannya terluka, nampaknya pelakon popular Datuk Hans Isaac sudah kembali membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi dan mengakui kini beliau sudah pun mempunyai teman istimewa.
Namun, beliau masih belum bersedia untuk untuk bercerita panjang mahupun mendedahkan identiti pasangannya itu.
Saya tidak bujang! Saya sudah memiliki teman wanita. Saya tidak akan menipu kepada anda semua. Saya sedang berpacaran dengan seseorang tetapi saya tidak akan bagitahu siapa dia. Macam dulu saya dah pernah janji, saya tetap dengan janji saya, kalau saya nak kahwin saya akan bagitahu.
Semoga Hans dan teman wanitanya itu dilimpahi dengan kebahagiaan berpanjangan dan siapa tahu mereka ada jodoh bersama.