February 17th, 2019

Memang sudah ada pernyataan di awal video bahawa ia hanya rekaan dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, namun ramai mendakwa kumpulan Drama Band telah menghasilkan parodi insiden minum arak di kelab malam oleh pemenang Dewi Remaja (yang gelarannya ditarik balik) baru-baru ini.

Bukan itu saja, video klip untuk lagu berjudul ‘Drama’ itu didakwa Netizen telah memparodi beberapa artis lain yang membuat gimik untuk memperkenalkan lagu, antaranya Haqiem Rusli dan Nabila Razali.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Seorang pengguna YouTube berkata agak mudah untuk mengesan parodi dalam video klip tersebut:

Namun begitu, Haneesya Hanee yang sebelum ini terlibat dalam video kontroversi kelab malam tersebut dikatakan memberi reaksi tidak puas hati terhadap video tersebut yang dianggapnya tidak kelakar melalui satu muat naik InstaStory.

Dia juga mengatakan muzik Drama Band tidak bagus.

Malah ibu Haneesya Hanee juga dikatakan meninggalkan komen tidak berpuas hati buat Drama Band mengatakan kumpulan itu ‘batak isu’.

Drama Band bagaimanapun belum memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen Haneesya dan ibunya. – beautifulnara.com

Sumber: Alan Al Padat

60 responses to “Haneesya Hanee Dan Ibu Tak Puas Hati Dengan Muzik Video Drama Band?”

  1. anon says:

    mereka yang kau ” dramakan ” dalam lagu dah tentu2 dari kesilapan @ kealpaan @ mmg mereka yang tahu apa yang berlaku …mereka pun dah mohon maaf dia atas apa yang belaku ..!
    yang band korang ni ” drama ” dari apa yang mereka buat lago HAUK NYE PERANGAI ! memang tak ada modal lain ke atau mmg spesis band dan nak sendu …

    • Anonymous says:

      tau lah haneesya tu hitam… tp itu bukan modal tuk di backup
      ramai jer artis lain kene parody.. relax jer.. jihan muse smpi dh beranak selamba buat parody… relax jer artis lain….
      haneesya tu sape jer dlm industry ni just a girl not educated & drama queen… dah lah background bad attitude mak anak same jer..

      haaa nangis.. nangis lagiii

  2. Viro says:

    Kenapa diorg x leh wat parody? Sbb you hitam ke??

  3. Senyap says:

    No response is a response.

  4. Aunty onion says:

    Saper makan cili dia rasa pedas, Siapa rasa pedas, kata aku main cakap lepas..

    • biarbetik says:

      Lama aku tak baca gossip bz giler…lepas aku tgok video atas ni baru aku goggle pasal dewi2 mlysia ye…hmmm…apa nak jadi anak bangsa kita ni? Astounding sungguh…well you make mistakes, you learn, its normal perkara yg baik susah nak dipuji tapi kalau buat jahat sekali org akan ingat seumur hidup…suck it up, face the music…berani buat berani tanggung…take it as a joke…lagi melawan lagi lagi la mcm2 akan keluar…kalau ada duit pasang lawyer, kalau takde duit…well, doa je la…fikir mcm mana nak menang kepercayaan org semula…

    • Kapal Selam says:

      Good job drama band. Catchy beat.
      Yang pakai bra & topi tu kena setepek kat betina ernisha tu…. hahaha
      So Haneesha tak boleh tahan kena bahan?
      Haneesha tak boleh tahan kutukan netizen?
      Haneesha tak boleh tahan godaan masuk night club?
      So why you want to be “retis” in the first place and be in the public eyes?

    • Anonymous says:

      hahahaa, mak dn anak2 cepat sentap..

  5. aminah says:

    rubbish

    • WickEd says:

      Depression cari sendiri…org kena depression pasal masalah kewangan, keluarga, kerja, studies…kau kemurungan pasal cari penyakit sendiri…banyak pura2 umur baru 19 dah drama…ur mom pun sekaki jugak, hari tu salahkan culture shock…kalau betul2 pernah susah mandi paip kedai minyak perangai tak camni, sapa ambik kau belakon ke model kalau main sentap? Inikan parody…kerek siul, Trump tu kena lagi teruk…byk lagi yg model cantik2…humble. Depressed what?

    • Anonymous says:

      Mak pon nak tumpang sekaki la kalau anaknya glamour.. tak sabar nak tidur atas duit le tue. kena lah backup

    • Anonymous says:

      Tau pulak marah bila org buat parody. Masa dia teguk arak tu, dia x fikir Allah marah ke?

    • minah jambu say says:

      dh terang ke dia tegok arakkk yg korang tuduh tuduh macm nak gila tu ?? jangan2 orang yg viral kan tu yg togok dh mabok gak nye terus terviral….n drama band ni dh kenape mabok jugak ke ??????? ingat bagos sangat nak buat parody ????? ni semua hati tk bagos parody nak kena kan orang nanti anak korang jadi pondan lembut baru korang tau eh ..nanti lain orang pulak parody kan anak lu…baru padan lu punya muka…maseh belom habis ke cerita dewi remaja ni ! walau macmana pon haneesha juara dewi remaja walau pon gelaran dh di tarek baleh tetap haneesha juara malam itu…dia mengalah kan semua contestant haha termasok yg masok club bukak tudung tu hahahaha…yg masok club bukak tudung tu lagi penipu hahahaha…!

    • Lembu Gemok says:

      Part nak party, nak memakai baju, nak bersosial nak ikut barat..now Drama Band buat gaya barat utk parodykan hal korang, ko nak terasa, melenting lak? tgk Eminem, Limp Bizkit, Blink 182…semua kaw kaw perli org dlm lagu…yg kena perli lepak je…takder nak terasa2 bagai..ko dah masukkan diri ko dalam dunia barat cam ni, kecaman pon ko kena terima gaya dunia barat gak laaaaa…..dah tak berani lak? pigidahhhhhhhhhh…kencang sembang laaaaa makcik…

    • Anonymous says:

      itu lg berangan nak follow neelofa. neelofa org perli, buat parody & nganjing dia buat bodoh je. ini kena parody sikit dh melenting. mak dia tu yg batak. sedap ckp org batak.

    • Anonymous says:

      BETUL!!

    • Nomi says:

      Ad Artis cam drama band ni la best. happening industry ni… mcm Eminem bahan Xtina..haha Takdee la asyik cerita buka tdung, pakai tudung, masuk klub,.. Pastu, Minta maaf, insaf, setel, … Lepas ni klu ad yg nak buat hal Tu, pikir dua Kali lah. Klu netizen bahan ko xheran Kan? Nah ni, Rakan Artis sendiri bahan… Bertabahlahhh….

    • pi tengok says:

      dono why mak hanee ni semcm nyer emo kat socmed siot.
      mule2 aku minat gak hanee ni sbb adore kaler kulit dia yg lawa,
      tapi lepas tgk die suke sgt bagi statement mcm2, dgn mak2 dia pun kemain, lama2 meluat plak.
      yg maknye pon, over naw naw nak minta simpati ngan emo2, rilek la makcik..
      ckp psl model kulit gelap, aku rase ramai lagi yg better dari hanee ni, ainul aishah & nabila huda pun lawa gak. kalau bukan artis, baik si zafira zamzam (adik ramona zam zam) lagi lawa dowh haih plis lah