Haneesya Hanee Dan Ibu Tak Puas Hati Dengan Muzik Video Drama Band?

Hiburan

Haneesya Hanee Dan Ibu Tak Puas Hati Dengan Muzik Video Drama Band?

Memang sudah ada pernyataan di awal video bahawa ia hanya rekaan dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, namun ramai mendakwa kumpulan Drama Band telah menghasilkan parodi insiden minum arak di kelab malam oleh pemenang Dewi Remaja (yang gelarannya ditarik balik) baru-baru ini.

Bukan itu saja, video klip untuk lagu berjudul ‘Drama’ itu didakwa Netizen telah memparodi beberapa artis lain yang membuat gimik untuk memperkenalkan lagu, antaranya Haqiem Rusli dan Nabila Razali.

Advertisement

Video itu boleh ditonton di bawah:

Seorang pengguna YouTube berkata agak mudah untuk mengesan parodi dalam video klip tersebut:

Namun begitu, Haneesya Hanee yang sebelum ini terlibat dalam video kontroversi kelab malam tersebut dikatakan memberi reaksi tidak puas hati terhadap video tersebut yang dianggapnya tidak kelakar melalui satu muat naik InstaStory.

Dia juga mengatakan muzik Drama Band tidak bagus.

Malah ibu Haneesya Hanee juga dikatakan meninggalkan komen tidak berpuas hati buat Drama Band mengatakan kumpulan itu ‘batak isu’.

Drama Band bagaimanapun belum memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen Haneesya dan ibunya. – beautifulnara.com

Sumber: Alan Al Padat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...