Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey

Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey

Nampaknya isu kegagalan Watie Sadali menyelesaikan bayaran pinjaman kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana Adnan akan mengambil masa lebih panjang susulam Hana mendakwa Watie masih belum menjelaskan sesen pun bayaran kepada Hana seperti perintah mahkamah.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Joey mendakwa Watie telah dianiaya oleh Hana dan sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes tuntutan saman Hana.

Advertisement

Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Menurut Joey, ada seorang peguam yang membantu mereka secara sukarela:

Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini.

Joey mendakwa Watie tidak mampu menjelaskan bayaran yang diperintahkan pada Hana:

Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu.

Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima.

Mahkamah Sesyen Selayang  memerintahkan Watie untuk membayar sejumlah RM112,000 pada Oktober tahun lalu selepas Hana memenangi kes terbabit.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40, memenangi saman membabitkan Watie berhubung kegagalannya menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Mahkamah juga memerintahkan Watie untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. – beautifulnara via HM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...