Hampir Murung Lepas Bercerai, Radhi OAG Sertai Tabligh

Hiburan

Hampir Murung Lepas Bercerai, Radhi OAG Sertai Tabligh

Jodoh tidak panjang dan sudah lama mengalami masalah rumah tangga, mahligai perkahwinan yang terbina selama 5 tahun antara Radhi OAG dan bekas isteri Nur Shahira Ayu Zahiri berakhir Julai tahun lalu. Mengaku sukar untuk berdepan dengan perceraian, Radhi merasa sangat tertekan dan hampir kemurungan selepas perpisahan tersebut.

radhi oag tabligh

Advertisement

Hidupnya  berubah secara dastik, namun ketika lemas dalam kesedihan Radhi meluahkan rasa syukur ada rakan yang tampil membantu dan mengikuti jemaah tabligh untuk memastikan dirinya terus kuat untuk berdepan sebarang cabaran.

Siapa tak sedih kalau bercerai dan sememangnya saya sangat tertekan. Bayangkan tiba-tiba rumah tiada orang lain dan hanya tinggal saya seorang. Selepas bercerai, saya hampir tidak tahu bagaimana nak teruskan kehidupan. Namun, saya berusaha berdoa dan mendapatkan petunjuk daripada Allah.

radhi oag tabligh

Saya ada mengikut jemaah Tabligh berdakwah dan mereka banyak membantu. Ketika itu saya merasakan Allah menghantar bantuan kepada saya. Alhamdulillah ketika bersama mereka, saya menerima ujian berat itu. Ini semua urusan Allah.

Dalam pada itu, berbicara mengenai anak-anaknya Radhi berkata dia teringin untuk bertemu dan menjaga mereka seperti sebelum ini.

radhi oag tabligh

Anak sangat penting buat saya tapi tak boleh salahkan pihak bekas isteri mengenai hak penjagaan. Saya reda kalau jarang dapat dan tak mahulah mengganggu mereka.

Memang saya dibenarkan berjumpa anak saya, tapi itulah, tak puas. Saya teringin juga nak bawa mereka balik dengan saya dan tidur memeluk mereka.

Radhi dan Ayu  berkahwin pada 14 April 2014 dan kemudiannya disahkan bercerai dengan talak satu pada 25 Mac tahun lalu.  Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...