Hamil Anak Ketiga, Diana Rafar Akui Alah Pada Mekap

Hiburan

Hamil Anak Ketiga, Diana Rafar Akui Alah Pada Mekap

Berkongsi berita berkenaan kehamilan di laman instagram suaminya beberapa hari lalu, pelakon Diana Rafar akui kesihatannya kini tidak menentu.

diana Rafar hamil

Advertisement

Selain tidak menduga bahawa dirinya akan hamil kembali, beliau juga kini difahamkan mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.

Diana juga tidak menafikan yang kesihatannya kini sedikit terjejas semenjak dari awal kehamilan lagi.

Menurutnya beliau bersyukur kerana suaminya amat memahani situasi serta kondusi kesihatannya. Hal ini kerana, Diana kini difahamkan berdepan pelbagai alahan.

“Malah, saya juga tak boleh pakai mekap dan bersiap. Memang akan ‘mabuk’ dan pusing mata sampai rasa nafas tak cukup. Banyak kali cuba, tapi masih sama. Sekarang ini sudah okay sikit. Kadang mekap separuh jalan saya terus cuci dan baring,” katanya kepada Harian Metro.

diana rafar hamil

Tambah isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini lagi, dirinya turut bersyukur apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ujar Diana, Allah kini bagaikan memberi masa yang cukup untuk Zamarul berada di sampingnya selama beberapa bulan sepanjang hamil.

“Apa pun saya mohon pada semua agar sentiasa mendoakan saya dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Terima kasih pada semua yang tak henti memberikan ucapan tahniah dan selamat hari jadi kelmarin,” katanya.

Menurut Diana, beliau langsung tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan itu malah turut berkongsi berkenaan ragam anak-anaknya selepas mengetahui ibu mereka kini telah hamil.

diana rafar zamarul hishamKredit – Harian Metro

Saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Sebab Allah sudah kurniakan sepasang buat kami. Cuma, mereka bergaduh, seorang nak adik lelaki dan seorang lagi perempuan,” katanya.

Diana yang dijangka bersalin pada September depan telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Zamarul pada 16 Mei 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Kashfi Haiqal dan Kayla Reysha.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...